Lagenda Orang Bunian Di Pulau Triso

Pulau Triso adalah antara beberapa buah pulau kecil yang terletak di muara sungai Batang Lupar dan ia mempunyai legenda dan mitos tersendiri.

Menurut seorang penduduk (yang enggan namanya didedahkan) yang berasal dari Kpg Beliong pulau ini terjadi akibat daripada pertandingan melempar batu ke laut oleh sekumpulan orang ‘bunian’ yang diketuai oleh seorang jejaka gagah bernama Keling.

Cerita ini beliau dapati daripada bapanya sejak turun-temurun. Pulau Triso dikatakan terjadi oleh tikaman batu besar oleh Keling dan beliau menjadi pemilik pulau tersebut sehingga ke hari ini.

Beliau kemudian berkahwin dengan Kumang dan mereka mengawal sekitar Batang Lupar dari Bukit Lingga ke pulau berkenaan. Diceritakan juga bahawa Keling telah membina sebuah rumah setinggi 7 tingkat di pulau ini dan beliau sekeluarga tinggal di tingkat yang ketujuh.

Selain itu dipulau ini juga terdapat sebuah kolam batu sebagai sumber bekalan air kepada Keling dan keluarga. Air di kolam ini dikatakan tidak pernah kontang (kering) dan ianya jernih dan boleh diminum.

Pemandangan Pulau Triso dari jarak dekat (Kredit Photo Ed Edd)

Para nelayan yang turun ke laut dikatakan sering singgah ke pulau ini untuk mengambil air ini sebagai bekalan. Saya juga diberitahu bahawa beberapa orang penduduk tempatan pernah bermimpi perkara2 ganjil yang berkaitan dengan pulau ini seperti adanya laluan khas berjalan kaki dari tanah daratan ke pulau tersebut. - Kamek Miak Sarawak 

0 Response to "Lagenda Orang Bunian Di Pulau Triso"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel