Penduduk Gedong Akan Menikmati Perkhidmatan Mesin ATM Agro Bank Dipenghujung Disember ini

PERKHIDMATAN mesin ATM ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di luar bandar dan pendalaman supaya mereka mudah untuk berurusan dengan bank.

Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Haji Naroden Majais berkata, hari ini, beliau telah menerima surat kelulusan pihak AGRO bank yang sebuah mesin ATM akan disediakan di Gedong.

"Surat mengenai perkara ini telah diserahkan oleh saudara Abdul Halek Abdullah iaitu Regional Manager AGRO Bank Sarawak kepada saya," kata Naroden yang juga merupakan ADUN Gedong. 

"Jadi saya bagi pihak penduduk Gedong ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada AGRO Bank kerana telah meluluskan satu unit mesin ATM yang akan di tempatkan di Anjung Usahawan Gedung dalam masa yang terdekat ini."

Tambahnya lagi, dengan adanya mesin ATM ini, memudahkan untuk memberi perkhidmatan kepada lebih kurang tujuh ribu penduduk asal Gedong serta empat ribu pekerja  yang bekerja dan tinggal di ladang kelapa sawit. 

"Ini memudahkan mereka agar tidak bersusah payah untuk ke Serian bagi urusan pengeluaran serta penghantaran duit, menerima bantuan kerajaan dan sebagainya."

Jelas Naroden lagi, mesin ATM ini amat pratikal dan sekiranya ada permintaan lagi, beliau akan meminta pihak bank untuk menambah mesin ATM. 

"InsyaAllah, mengikut kata AGRO BANK, mesin ATM akan beroperasi pada bulan Disember dan ia akan dipasang dan pihak bank akan mengubahsuai premis itu nanti."

Kata Naroden lagi, buat masa sekarang, mesin ATM akan hanya ditempatkan di Anjung Usahawan Gedong dan tapak telah disediakan tambahan ini adalah kerana adanya perkhidmatan internet yang penting untuk ATM dan ianya berdekatan dengan pejabat kecil MCMC. 

Halek ketika bertemu pemberita menyatakan, perkembangan ini adalah berkat usaha daripada Datuk Naroden sendiri yang memohon secara peribadi untuk dipasangkan mesin ATM di kawasan tersebut.

"Kita telah merujuk, mengkaji dan memang ia adalah keperluan yang sangat tinggi di kawasan Gedong ini dan kita yakin dengan adanya mesin ATM akan meningkatkan lagi ekonomi penduduk Gedong kerana bila dah tunai di kawasan Gedong, banyak peluang perniagaan yang akan wujud."

"Sebagai contoh, kedai runcit yang akan memberi peluang pekerjaan untuk penduduk setempat dan itulah yang kami nampak maka ianya menjuruskan kita membantu masyarakat luar bandar terutamanya di Gedong."

"Kita merancang untuk memasang lebih banyak lagi mesin ATM di tempat -tempat lain yang memerlukan mesin ATM," kata Halek lagi.

0 Response to "Penduduk Gedong Akan Menikmati Perkhidmatan Mesin ATM Agro Bank Dipenghujung Disember ini "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel