Langgar SOP: Tiga wanita pemilik pusat hiburan antara tujuh individu ditahan polis

KUCHING:Tiga wanita warga tempatan yang juga pemilik pusat hiburan antara tujuh individu yang ditahan polis di Sarawak hari ini.

“Hari ini pihak polis telah menahan tujuh orang iaitu empat lelaki dan tiga wanita warga tempatan pemilik pusat hiburan di Sibu kerana melanggar SOP,” kata JPBNS dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, JPBNS memberitahu, sebanyak 20 notis kompaun dikeluarkan iaitu  11 di Sibu, Padawan (4), Bau (2), Kota Samarahan (1), Betong (1) dan Miri (1).

Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak katanya, telah mengeluarkan 91 notis amaran lisan dan bertulis di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan.

Pada masa sama, kata JPBNS memberitahu terdapat  tujuh sekatan jalan raya di enam buah daerah iaitu di Lawas (2), Lundu (1), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1) dilakukan dalam Op Benteng.

“Melalui tujuh sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 1,833 jumlah kenderaan telah diperiksa,” tambah Jawatankuasa itu. - Utusan Borneo Online 

0 Response to "Langgar SOP: Tiga wanita pemilik pusat hiburan antara tujuh individu ditahan polis"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel