Datuk Seri Wan Junaidi umum dana pembangunan untuk Kampung Bako Hilir

Berita baik buat warga Kampung Bako, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telag memgumumkan dana pembangunan khas buat Kamoung Bako. Beliau bekata demikian ketika hadir di program "Kenduri Rakyat" di Kampung Bako Hilir

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Wan menyatakan Kampung Bako merupakan kampung Melayu tradisi terawal yang sudah menjangkau lebih 100 tahun dan kampung tersebut yang tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan melalui Program Pembaharuan Bandar.

Menurutnya lagi beliau akan sedaya upaya akan memastikan kampung tradisi seperti Kampung Bako menjadi Kampung yang akan membangun dengan pesat.

Beliau juga akan berjumpa dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk berbincang mengenai perkara ini.

Apa yang menariknya beliau telah mencadangkan satu program khas berkenaan Kampung Bako dan Kampung tradisi lain di Parlimen Santubong.

Pada program tersebut juga. Ahli Parlimen P193 itu telah memgumumkan beberapa projek yang telah diluluskan untuk pembangunan di Kampung Bako Hilir.

Antara projek tersebut adalah membaik pulih dan menaik taraf Jambatan Belian di Kampung Bako Hilir bernilai RM1.2 Juta. Projek tersebut adalah di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Luar Bandar (KLPB) dan Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO)

Dana pembangunan sudah pun disalurkan kepada Kementerian berkenaan untuk tindakkan Dan pelaksanaan mengikut bajet yang telah ditetapkan.

Menurutnya lagi bajet yang lain juga telah diberkan kepada Kampung Bako Tengah yang membabitkan  pembinaan baru dan baik pulih di bawah KPKT. Nilai projek tersebut adalah sebanyak RM550,000

Setakat ini jumlah keseluruhan projek pembangunan untuk Kampung Bako adalah sebanyak RM1.75 Juta. - Kamek Miak Sarawak


0 Response to "Datuk Seri Wan Junaidi umum dana pembangunan untuk Kampung Bako Hilir"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel