7 remaja lelaki ditangkap susulan kemalangan maut libatkan remaja wanita
Saturday, 27 August 2022
Add Comment
MIRI: Tujuh remaja lelaki ditangkap polis susulan satu kemalangan maut melibatkan seorang remaja wanita di Jalan Taman Tunku, di sini pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata tangkapan ke atas tujuh remaja lelaki berusia lingkungan 15 hingga 19 tahun itu dibuat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.
“Saya mengesahkan menerima laporan polis pada Jumaat jam 2.56 petang mengenai satu kemalangan maut yang berlaku di Jalan Taman Tunku.
“Semasa kejadian sekumpulan remaja berumur lingkungan 15 hingga 19 tahun menunggang motosikal bersama-sama dan salah satu motosikal telah bergesel dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua orang wanita,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. -Utusan Borneo Online
0 Response to "7 remaja lelaki ditangkap susulan kemalangan maut libatkan remaja wanita"
Post a Comment