Remaja perempuan ditahan jual judi online di Bau

KUCHING: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditangkap polis keraha terlibat dal kegiatan judi online di sebuah perhentian bas Kampung Sibuluh, Jalan Kampung Sibuluh Bau-Kuching.

Remaja berkenaan ditangkap menerusi Op Dadu oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekitar jam 5.30 petang kelmarin. 

Susulan daripada tangkapan tersebut, polis telah merampas satu unit telefon bimbit, kad sim dan sejumlah wang tunai. 

Setakat ini remaja berkenaan telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

 

0 Response to "Remaja perempuan ditahan jual judi online di Bau"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel