Haramkan segera vape dan e-rokok - CAP

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengharamkan segera vape dan e-rokok selepas kajian mendapati semakin ramai golongan kanak-kanak dikatakan ketagih menghisap alat terbabit.

Beliau berkata, lebih membimbangkan, golongan kanak-kanak dan belia terbabit cenderung membelanjakan lebih banyak wang untuk membeli vape dan e-rokok berbanding makanan atau buku.

Katanya, CAP juga meminta larangan sepenuhnya terhadap penjualan, import dan pembuatan vape serta e-rokok turut diperkenalkan.

"Tinjauan CAP juga mendedahkan vape dan e-rokok ini menjadi seperti 'loly-pop' kepada kanak-kanak terbabit kerana (ia ditawarkan dalam) cecair berperisa buah-buahan.

"Jadi, larangan perlu ada bagi penjualan dan pengedaran vape serta e-rokok kepada kanak-kanak di bawah umur serta penggunaan agen perisa, selain penggunaannya di mana-mana saja seperti larangan ke atas rokok tembakau," katanya dalam kenyataan hari ini. -Berita Harian Online

0 Response to "Haramkan segera vape dan e-rokok - CAP"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel