KMS UNITY RUN 2023_Kunjungan Ke Pertubuhan Kebajikan Amal Kuching
Thursday, 5 January 2023
Add Comment
Pihak Penganjuran Larian Amal" KMS Unity Run 2023" telah membuat kunjungan rasmi ke Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Jariah Komuniti Kuching iaitu Sebuah Pertubuhan Kebajikan yang telah dipilih untuk menjadi penerima sumbangan acara Larian Amal anjuran Laman Facebook Kamek Miak Sarawak dengan kerjasama Jobstock yang akan diadakan pada 12 Mac 2023, bertempat di perkarangan Majlis Dewan Bandaraya Kuching Selatan. Dalam kunjungan tersebut, pihak penganjur berbesar hati kerana telah disambut oleh Pengerusi Pertubuhan iaitu Encik Mahathir Fatimah & Cikgu Matt Pyan.Menerusi kunjungan singkat tersebut, Encik Mahathir Fatimah telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak kami sebagai Pertubuhan Kebajikan yang akan menerima sumbangan daripada larian amal ini.
Untuk pengetahuan semua, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Jariah Komuniti Kuching merupakan sebuah pertubuhan amal yang khas ditubuhkan untuk membantu golongan miskin (Islam & bukan Islam) untuk menguruskan jenazah secara percuma.Pertubuhan ini juga cukup sinonim dengan Perkhidmatan yang di sediakan oleh mereka iaitu Van Jenazah Percuma. Oleh yang Demikian, pihak Kami berbesar hati untuk membuat sumbangan melalui Larian Amal ini,Anda juga boleh menyumbangkan tenaga anda dengan turut serta bersama kami.Jom bersama kita megeratkan silaturahim dan memupuk perpaduan melalui acara Larian ini sambil beramal.Daftar Sekarang!!
Pendaftaran larian amal ini boleh dilakukan melalui:
0 Response to "KMS UNITY RUN 2023_Kunjungan Ke Pertubuhan Kebajikan Amal Kuching "
Post a Comment