Lelaki sentuh sensitiviti, isu perkauman dalam persembahan komedi ditahan polis

Difahamkan suspek merupakan pemilik kelab komedi.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata  lelaki yang berusia 39 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada esok bagi melengkapkan proses siasatan dan kertas siasatan polis akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya setelah siasatan dari segala sudut selesai dijalankan.

“PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Baru-baru ini, dua rakaman video

yang dipercayai memaparkan lelaki terbabit melakukan persembahan komedi di sebuah kelab komedi, tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi

Semalam seorang wanita didakwa di mahkamah atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini manakala teman lelakinya didakwa atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik di laman sosial. – Bernama

0 Response to "Lelaki sentuh sensitiviti, isu perkauman dalam persembahan komedi ditahan polis"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel