Pemuda nyaris maut ikan masuk kerongkong

BOGOTA: Berpantang maut sebelum ajal. Itu perumpamaan sesuai bagi menggambarkan situasi seorang pemuda yang kritikal selepas tercekik ikan yang dipancingnya.

Insiden pelik itu dilaporkan berlaku di pekan kecil Pivijay, Colombia pada 23 Januari lalu.

Menurut media tempatan, pemuda berusia 24 tahun itu datang sendiri ke unit kecemasan di Hospital Santander Herrera, namun sukar menjelaskan kepada petugas kesihatan berhubung kejadian yang menimpanya.

Pemuda itu dilihat sukar bernafas dan sekadar memberi isyarat sesuatu masuk ke dalam kerongkongnya.
"Lelaki itu memberitahu dia memegang ikan tersebut di mulut dan ia tercicir hingga masuk ke kerongkong ketika sedang memancing," kata doktor.

Doktor mengesahkan pesakit dirawat selama dua hari dan telah pulih sepenuhnya.

0 Response to "Pemuda nyaris maut ikan masuk kerongkong"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel