Sedang asyik kendali judi 'online' ketika polis serbu

KUCHING: Seorang lelaki diberkas kerana disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dalam satu serbuan ke atas sebuah bilik sewa di Jalan Batu Kitang, di sini pada Selasa.

Menurutnya, serbuan sekitar jam 2.30 petang dilakukan hasil daripada maklumat serta risikan yang dijalankan.

"Semasa pasukan serbuan tiba lokasi kejadian, didapati suspek yang berada di dalam bilik tersebut sedang menjalankan aktiviti judi dalam talian," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya suspek yang juga mempunyai dua rekod jenayah lampau itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

0 Response to "Sedang asyik kendali judi 'online' ketika polis serbu"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel