Polis Marin cekup dua lelaki bersama rokok, minuman keras tanpa cukai di Kuching
KUCHING: Dua lelaki diberkas bersama rokok dan minuman keras pelbagai jenis tanpa cukai dengan nilai keseluruhan termasuk cukai berjumlah RM382,498.40 di sebuah premis di Stakan Sentral, Jalan Stakan petang Sabtu.
"Pasukan serbuan telah membuat pemeriksaan dalam kedai dan stor bahagian belakang premis tempat simpanan dan hasil mendapati terdapat rokok dan minuman keras pelbagai jenis tidak bercukai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, penjaga kedai juga gagal menunjukkan sebarang dokumen dari pihak Kastam sebagai sokongan.
"Kesemua barang rampasan termasuk penjaga serta pekerja ditahan dan dibawa ke pangkalan Pasukan Polis Marin Wilayah Lima untuk tindakan selanjutnya," jelas Shamsol.
Nenurutnya lagi, kes akan diserahkan kepada pegawai penyiasat jenayah Balai Polis Kota Sentosa.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, antara barang dirampas merangkumi rokok putih 101,200 batang dianggarkan bernilai RM67,804 (termasuk cukai), 6,320 batang rokok kretek (RM4, 297.60 termasuk cukai), minuman bir 4,791,600 mililiter (RM302,596.80 termasuk cukai) dan minuman arak 268 liter (RM7,800 termasuk cukai).
Tegasnya, kesemua rampasan dan suspek ditahan di bawah Akta Kastam 1967. - Utusan Borneo Online
0 Response to "Polis Marin cekup dua lelaki bersama rokok, minuman keras tanpa cukai di Kuching"
Post a Comment