Trump akan tinggalkan Rumah Putih

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memaklumkan akan meninggalkan Rumah Putih sekiranya Joe Biden secara rasmi disahkan 'pemenang' dalam pilihan raya presiden.

Trump sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengakui kekalahan dan masih meneruskan cubaan yang belum pernah berlaku sebelum ini iaitu menentang keputusan undian pada 3 November lalu.

Beliau turut menyebarkan teori liar mengenai undi yang dicuri dan memfailkan cabaran undang-undang yang tidak berasas di mahkamah seluruh negara itu.

Ditanya adakah beliau akan meninggalkan Rumah Putih jika pihak berkuasa mengendalikan pilihan raya mengisytiharkan kemenangan Biden secara rasmi, Trump menjawab: "Tentu saja".

"Tentu saja saya akan melakukannya dan anda pun sudah tahu.

"Tetapi jika mereka melakukannya, maka mereka melakukan kesalahan dan ini akan menyukarkan kami untuk menerima kekalahan.

"Hakikatnya, berlaku penipuan besar," katnaya mengenai keputusan pemilihan presiden AS, tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Ketika sidang media semalam, Trump memberi gambaran bahawa infrastruktur pengundian AS bagaikan di negara dunia ketiga.

Sementara itu, Biden yang dipilih sebagai presiden Rabu lalu, berkata warga AS tidak melayan akan percubaan untuk menggagalkan keputusan pilihan raya. - AFP

0 Response to "Trump akan tinggalkan Rumah Putih"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel