Terbabas, langgar tiang lampu, elak diperiksa polis
KUCHING: Cubaan tiga suspek termasuk seorang wanita melarikan diri daripada polis gagal apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Burung Rawa, di sini pada Rabu.
Menurutnya, anggota yang bertugas kemudian bertindak menahan kereta tersebut untuk pemeriksaan.
"Bagaimanapun, pemandu (suspek) bertindak membawa lari kereta semasa dihampiri untuk diperiksa. Selepas lebih kurang setengah jam dikejar, akhirnya kereta (suspek) tersebut berjaya ditahan di Jalan Burung Rawa apabila ia terbabas selepas melanggar tiang lampu jalan," katanya menerusi satu kenyataan.
Tambahnya, polis kemudian terus memeriksa ke dalam kereta dan mendapati terdapat tiga individu iaitu seorang wanita,28, dan dua lelaki masing-masing berusia 27 dan 39 tahun.
Kesemua suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis menjalankan tugas. - Utusan Borneo Online
0 Response to "Terbabas, langgar tiang lampu, elak diperiksa polis"
Post a Comment