Penyanyi Alif Satar positif COVID-19, mohon maaf atas kesulitan
Sunday, 22 November 2020
Add Comment
PELAKON, pengacara dan penyanyi terkenal, Alif Satar pada Ahad memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19.
Menerusi laman Instagram rasminya, Alif menyatakan sepanjang menjalani penggambaran, beliau telah beberapa kali melakukan ujian saringan virus berkenaan.
Begitupun, keputusan terbaharu yang mengejutkan, mendukacitakan yang baru beliau terima hari ini menunjukkan pengacara Big Stage itu positif COVID-19.
“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya keselamatan keluarga..isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif.
“Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), kontak rapat yang Alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari,” katanya.
“Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt.
“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,” ujarnya.
0 Response to "Penyanyi Alif Satar positif COVID-19, mohon maaf atas kesulitan"
Post a Comment