Penerbangan ihsan TUDM bawa tiga bayi bermasalah jantung dari Kuching ke Kuala Lumpur
KUCHING: Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) melaksanakan penerbangan ihsan membawa tiga bayi yang mengalami masalah jantung dari Kuching ke Pangkalan Udara Subang untuk mendapatkan rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN) dan juga Hospital Gleneagles di Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Manakala dua bayi lagi iaitu Marry Anne Methew Mavrick, berusia 19 hari menghadapi masalah jantung ‘ Congenital Heart Block’ dan Abang Muhammad AlFatih Abang Mohammad berusia dua bulan menghadapi masalah jantung ‘Congenital Heart Disease’ akan dirawat di IJN.
Tambahnya kesemua bayi berkenaan sebelum ini menerima rawatan daripada Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.
"Penerbangan ihsan ini dilaksanakan oleh TUDM bagi membolehkan pesakit mendapatkan rawatan dengan segera dan tertakluk kepada keadaan-keadaan tertentu terutama nasihat dari pegawai perubatan.

Penerbangan ihsan ini menggunakan pesawat angkut A400M dari No. 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang dan diterbangkan oleh Mejar Mohd Shafique Mohd Amin dan dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapten Wan Abdullah Wan Hanapi bersama dua orang ‘Loadmaster’ iaitu PW U II Amran Rashid @ Jaafar dan Sjn U Mohd Naim Kamijan serta dua orang ‘Supplementary Crew’,iaitu Kpl U Mohamad Azim Jamal dan Kpl U Harun Mustafa.
Turut mengiringi bayi dalam penerbangan ini adalah dua pegawai perubatan, dua jururawat dan ibu kepada bayi.
Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Kuching pada jam 7.07 malam dan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 8.43 malam.
Seluruh warga TUDM mendoakan supaya kesemua bayi berkenaan dapat menjalani rawatan dengan segera serta diberikan kesembuhan dan kembali sihat.
Semoga usaha yang dilaksanakan oleh TUDM dengan kerjasama bersama pasukan perubatan melancarkan proses rawatan perubatan dan membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga bayi berkenaan.
Terdahulu, pesawat A400M ini juga turut melaksanakan penerbangan "logistic comm" membawa Tim Mobilisasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta peralatan perubatan daripada KKM dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) daripada Academy Medicine Of Malaysia dan Yayasan Amal Malaysia yang dihantar ke Sabah iaitu ke Tawau dan Kota Kinabalu. - Utusan Borneo Online
0 Response to "Penerbangan ihsan TUDM bawa tiga bayi bermasalah jantung dari Kuching ke Kuala Lumpur"
Post a Comment