Aziz dakwa tidak terima writ saman

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Batu Kitang Abdul Aziz Isa (gambar) mendakwa beliau tidak pernah menerima writ saman dan penyata tuntutan daripada Azril & Associates yang mewakili Pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff. 

"Berita ini mengejutkan saya, saya masih tidak tahu bagaimana penghakiman ini boleh dibuat, sedangkan saya sendiri tidak pernah menerima writ of summons dan SOC," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Aziz yang merupakan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Cheng Jen katanya telah berjumpa dengan peguamnya bagi membuat permohonan untuk mengetepikan penghakiman ini.

Pada Isnin, Kamarul mengesahkan kemenangannya dalam tuntutan saman terhadap Aziz.

0 Response to "Aziz dakwa tidak terima writ saman"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel