2 lelaki ditahan polis kerana bergaduh di depan Balai Polis di Batu Kawa

Kuching: Dua orang lelaki ditahan kerana bergaduh di depan Balai Polis Batu Kawa Kuching. 

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Aidil Bin Bolhassan, Kedua-dua suspek berumur 28 tahun dan 36 tahun berbangsa iban dibawah pengaruh alkhohol telah berlaku perselisihan faham di antara mereka dan kemudian datang ke Balai Polis dengan niat untuk menyelesaikan masalah, tetapi pergaduhan tercetus apabila tiba di hadapan Balai Polis Batu Kawah. 

Dua anggota polis yang bertugas pada malam tersebut telah cuba meleraikan pergaduhan tetapi kedua-dua sabjek tidak memberi kerjasama lalu menumbuk anggota polis tersebut. Kekerasan minima terpaksa digunakan semasa melaksanakan tangkapan kerana kedua-dua saspek dalam keadaan agresif. 

Tambah Supt Adil lagi, kedua-dua suspek telah dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kuching  dan dijatuhkan hukuman denda RM2000 serta penjara 2 bulan bagi setiap tertuduh. -

Sumber:  Polis IPD Padawan

0 Response to "2 lelaki ditahan polis kerana bergaduh di depan Balai Polis di Batu Kawa"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel