Sindiket curi rim kereta tumpas di Serian

SERIAN: Polis Serian semalam berjaya menahan tiga lelaki dan percaya dapat menyelesaikan kes kecurian rim kereta di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, berpandukan maklumat awam dan risikan, sepasukan anggota siasatan jenayah dan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Serian telah menjejak dan memburu suspek.

“Ketiga-tiganya yang juga lelaki tempatan yang berusia 17 hingga 34 tahun berjaya dicekup sekitar jam

“Sebelum ini, kita telah menerima sebanyak dua laporan polis berkaitan kes kecurian rim kenderaan ini, dengan yang terakhir sekitar jam 6.00 pagi semalam.

Susulan laporan ini dan sedikit maklumat yang diperolehi, katanya telah membantu polis menjejak sebelum menangkap ketiga-tiga suspek.

“Kita berjaya menjumpai semula rim kereta yang dilaporkan hilang serta merampas peralatan yang digunakan untuk mencuri,” katanya lagi. — Sarawakvoice

0 Response to "Sindiket curi rim kereta tumpas di Serian"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel