Bomba Siburan pula laksana khidmat potong gari pada tangan lelaki suspek dadah
Wednesday, 28 February 2018
Add Comment
KUCHING: Semalam memotong cincin, hari ini memotong gari.
Khidmat khas pasukan bomba dan penyelamat sekali lagi ditagih untuk membebaskan mangsa yang telah digari polis, tetapi kuncinya patah.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, insiden berlaku sekitar jam 2.54 petang tadi apabila sepasukan anggota siasatan jenayah narkotik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Bau singgah ke Balai Bomba dan Penyelamat Siburan untuk memotong gari pada tangan suspek lelaki itu.
“Sebelum itu, kunci gari yang digunakan untuk menahan suspek oleh pasukan siasatan narkotik sebelum itu telah patah.
Sepasukan enam anggota bomba dari balai tersebut kemudiannya, telah bertindak memotong gari tersebut menggunakan mesin “grinder” sambil diperhati oleh anggota polis sebagai langkah keselamatan.
“Setelah gari tersebut berjaya dipotong, mangsa diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
Pihak polis katanya, kemudian beredar dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan sekitar jam 3.09 petang. –Sarawakvoice

0 Response to "Bomba Siburan pula laksana khidmat potong gari pada tangan lelaki suspek dadah"
Post a Comment